Tuesday, 20 March 2012

Lawatan yang Paling KababomMm :D


Gara-gara pengalaman yang tak ternilai daripada industrial visit yang aku pergi semalam 20/3/2012 bersamaan hari selasa , maka terwujud lah blog baru ini. Hehe. Blog baru lagi ? Hee suka betul sierra buat blog banyak banyak. haha. Blog lama problem sikit. Asyik lupa email pasword. So , acah acah hot jap buat blog banyak banyak , perasan mcm ada orang nak baca. Haha. Okay apa yang best nya lawatan semalam sampai nak mengabdikan kenangan dengan catatan bertulis ni ? jeng jeng ! Meh buat muka excited jumpa Siti Nurhaliza utk baca entry nie. Haha.

Ha , al-kisahnya bermula pada isnin malam selasa. “bila larut malam taraku cha cha , suasana sepi lalala~ okay dah stop menyumbang kan lagu. Jadi , isnin malam , dalam pukul 9 plus plus gitu, aku bersama empat rakan , sahabat , geng bas sekolah , geng karok , segala geng geng yang ada lah , tapi bukan gangster, kami baik, haha, okay dah , kami bertolak ke poli. 

Sampai sahaja , rupanya kitaorg nie berada dalam golongan terawal juga lah , boleh lah. Haha. Sambil menanti golongan yang lewat itu , kami pun dijamah nasi lemak. Ohh nasi lemak ? Makan nasi lemak malam malam ? Habis berlemak lah segala lemak yang ada , takut lapar punya pasal maka telan jua lah santapan itu. Suap demi suap disuap ke dalam mulut demi mencari sesuap nasi yang belum disuap. Sesudah kenyang , prepare segalanya , golongan awal dan lewat pun telah bersatu , maka bertolak lah kami ke destinasi yang ingin dituju. Susana di dalam bus , tak pernah sunyi , dipecah kesunyiannya dek suara teman teman yang ‘menyumbang’ kan lagu lagu era 80’ 90’ an. Mengalahkan Carta Lagu Muzik Muzik lamanya. Okay layanzzz. Aku pun pekak kan telinga dan berpura-pura tidur dan terus tertidur versi tenggiling berlipat. Haha (bayangkan) :D

Tepat pukul 4.16 pagi , kami tiba di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Shah Alam). Uh , pagi yang nyaman. Bermula bus berhenti di hadapan Kamsis Puteri , suasana di dalam bus semakin senyap , dan mula sunyi , dan seterusnya sepi. Wah semua tidur setelah semalaman mereka ber,overnight ala ala tepi pantai di dalam bus poli . Shra pula yang sudah tidur lama tadi tu , mencari posisi terselesa untuk manfaatkan waktu tidur secukup nya. Haha. Suasana sepi tetapi aku pula asyik terjaga. Maka buat buat tidur. Dingin semakin membeku , aku mmg kalah pada kesejukkan. Arghh! Sudah tidak tertahan lagi kesejukkan air-cond bus yg mencucuk cucuk tulang. Lalu bangun , berdiri , aku perhati satu satu wajah teman teman yang 'mengguris kalbu'. Kalbu lah sangat. Haha. Macam macam gaya bebas dorang tidur haha , yang berlagu-lagu dengan dengkuran manja pun boleh. Haha.

Lalu aku pun turun dari bus. 
Sorang sorang.
Sorang pakcik driver dibawah. Hisap rokok.Sorang lagi tidur. Lega sikit keluar bus. Pastu sembang dgn pakcik tu. 
Pakcik : Asal mana dik ?
Aku : Shah Alam.
Pakcik : Laaa.. kat sini je. 
Aku : A'ah kat sini je. Sy nak cari toilet nie pakcik. Belah mana yea?
Pakcik : Kat blok tu tingkat bawah.
Aku : Sy pergi yea. 


Pastu usha mana toilet ni. Pergi lah cari. Bila dah jumpa, mcm toilet tak berguna pun. Tak kisah lah masuk jelah. Bila dah pergi , balik semula , pakcik tu tanya , tak takut ke pergi sorang tadi ? Tetiba rasa seram pulak. Haha dah pergi , baru terfikir nak rasa takut. Tadi tu tak fikir pun. Haha. Dah tkda orang. Asrama org lagi, tempat orang. Pergi sorang2. Dah balik baru nak rasa seram , kelakar lah kau sierra.

Jam menunjukkan pukul 6.26 pagi. Pakcik driver suruh kejut kan teman teman untuk mandi, bersiap, sembahyang subuh semua. Lalu aku pun meng'high'kan volume suara , “Bangun!! Bangun!!” Pastu dah, dua kali je jerit. Haha. Aku pun terus meluru turun bus, tak tgk pun dorg bangun ke tidak, terus g toilet, sbb malas nak tunggu turn , berebut toilet bila dah ramai nnt. Okay dah lah malas cerita part behind the scene nie. Nak cerita pengalaman lawatan kat PKT laaaa. :D


At Politeknik Shah Alam
Dalam pukul 10 lebih kot , rombongan Cik Kiah kami tiba di perkarangan Port Klang Trading atau lebih di kenali "PKT" disekitar Shah Alam. First sekali , mcm biasa lah briefing dulu kat hall dia yang fuh! wow! best! Mula mmg bosan , tapi disebabkan dorang friendly betul, funny betul, sporting betul, best betul, betul betul, biar betul, hehe tambahan ayat disitu, jadi best lah. Bukan takat staff biasa je yang turun sekali , tapi bapak datuk segala moyang boss orang kuat dia turut beri layanan yang mmg hebat sekali. Seriously, boss, pekerja, korporat ke, orang atas, orang bawah,  org tepi, org tengah, muda, tua, semualahh dorang sporting betul, takda jurang, semua sama je. Lawak dorang kadang tak lawak pun, tapi boleh gelak ala ala tengok citer Senario The Movie tengok gelagat dorang yang bersungguh bagi full commitment , menyambut dan menerima kedatangan kitaorang dengan baik sekali ! Memang sporting !

Next , kitaorang pergi ke warehouse PKT , destinasi utama kitaorg. Ohh firstime masuk warehouse , sangat besar , sangat teruja , dorang yang conduct kitaorang mmg sangat menjaga safety kitaorg , dorang sikit pun tak tunjuk muka tak suka ke , penat ke apa ke. Pekerja foreigner dalam warehouse tu pun mmg baik. Pokoknya semua baik. Betul lah kata org , kalau yang conduct kita tu bagus , tengok lah yg mengikutnya , pun bagus. Seriously sangat bagus !


Bukan korek hidung yea :D


hehe :D semangat :P
Hye ! saya tak gayat tiba-tiba :D

Setelah jelajah warehouse yang besar  tu , tapi tak habis jelajah pun , sebab besar sangat , then dorg bagi lunch. Aku yang berada dalam kalangan orang yg terawal sampai , makanan pun dapat dulu lah. Huhu. Ohh self service , mmg penuh lah nasi aku bubuh. Lauk lauk dia , nyum nyum nyaaa. Then dorang suruh makan kat pantry. Aku bayang kan pantry tu tempat makan biasa je , sekali tengok ‘ mak aii , pintu masuk pantry dah macam Restoran Jepun , tengok dalam , fuhhh macam bilik istirehat , apa lagi terus cari the best port nak makan lah kan. Orang pun tkda lagi , sbb berada dalam golongan student yg bagus mendahului hehe. Padahal lapar :P haha. Memang design pantry dia memang cantik lah , buat mcm home konsep. Mmg selesa. Kalau aku kerja situ , mmg tak balik rumah lah. Memang aku org first punch card, haha awal datang kerja. Semua ada , Astro ada bukan takat Astro , tu TV Internet , apa lagi , PS3 , kerusi urut Ogawa , apa lagi , makanan berlambak , apa lagi ? Gym ! Anytime boleh pergi. 


cool bebeh !


Tapi Dato’ kata kerja kena siap , dah siap anytime in working pun boleh go , no hal punya. Asal kan commitment pada kerja kena superb. Apa lagi ? toilet ?  ha , kalau masuk 2 jam baru keluar kot. Best ! Apa yang takda ? pencuci muka Safi ? Biore ? Apa lagi ? Deodorant ? Rexona ? Nivea ? Semua ada ! Bawa diri je , shower , towel suma ada. Ishh memang best lah !

Sesudah makan dia bawa pula pusing satu office. Ada 4 level. Dia bawa setiap level , dan setiap level ada pantry yang awesome tu , dan setiap pantry design dia lain lain. Fuhh ! kitaorang pusing setiap ruang yang ada kat office tu. So Nampak lah pekerja dia yang tgh bekerja. Pekerja dia , semua friendly , mana yg tersempak , tkda pun yg tak tegur kitaorg , semua pasti akan menegur , dengan lemparan senyuman yang diberi. Walaupun kitaorg penat tapi tk rasa pun , sbb layanan mereka 5 star level meyh.

Dah tawaf satu office , masuk bilik itu ini semua , then masa yang ditunggu , dorang bawa pergi ke The Sea of Pineapple. Tapi sebelum pergi ke tapak nenas tu , dorg bawa kitaorg ke lobby , dah betapa rasa terharu terujanya kitaorg seramai nak dekat 50 orang nie , bila ternampak gambar kitaorg yang dorg tangkap dalam warehouse tu , terpampang di screen TV kat reception , dan bertulis “THANKS FOR VISITING US”. Mak aii , baik nya sambutan dorg. Rasa seperti dorg menghargai betul kedatangan kitaorg. Semua teruja pun ambil gambar. Dan kemudian kitaorg diberi satu bag biru. Nak tahu apa isi nya ? jeng jeng :D Sehelai t-shirt  PKT , majalah dorg dan sekeping gambar kitaorg yang kat dalam screen TV tadi tu , di print , dan siap di FRAME kan ! setiap sorang dapat ! Alahai bagus nyaaa !!! bagus lagi. Haha tapi memang bagus pun kan. Semua pun bersukaria la sambil memuji lah layanan yang memang "A" class nie.




Sesudah dapat barangan itu lalu bergerak lah kita orang ke tapak nenas dorg tu. Ada dua jenis nenas , satu Yankee , satu lagi apateh lupa dah. Hehe. Dorg buat pineapple plantation keliling kawasan perkarangan PKT. Bagus nya. Bukan sahaja menjalankan perniagaan logistic , tapi mengaut keuntungan lain , pendapatan lain , hasil syarikat sendiri melalui hasil benih nenas yang disemai sebanyak 28,000 biji nenas. Hasil nenas itu boleh beri pendapatan kosong mcm tu je , maksud nya boleh simpan mcm tu je tanpa nak cover perbelanjaan lain ke apa. Dan setelah penat meredahi panas terik melawati tapak nenas itu , kitaorang diberi nenas sorang sebiji meyh. Wehuu , aku tak makan nenas pun tapi teruja untuk mengambil nya. Huhu :D 
Wanie & Ummi

Setelah merentasi , melewati , menjalani , melalui ‘NenasWalk’ ini , maka kitaorg pun pulang ke office semula. Di lobby , semua mahu cepat cepat masuk ke dalam untuk menyejukkan badan , hehe kat dalam ada aircond kan. Tapi sebelum sempat nak masuk , dorg pihak PKT tu bagi pula , air 100Plus sorang satu. Ya Allah nikmat nya masa tu , panas panas , dapat pula air sejuk kan. 100plus pulak. Memang best lah. Memahami betul. Ingat kan dah dapat air tu dah lah kan , elok tengah duduk duduk relax , dia datang lagi , bagi pula satu towel kecik , towel tu sejuk , utk lap muka ke sejukkan muka, tangan semua. Fuhh! Berapa kali fuhh dah nie. Sbb layanan dia mmg ish BAGUSSNYAAAA!! Elok semua tgh lepak lepak , sejukkan badan semua , relax semua , dorg pun suruh naik balik , pergi hall tadi tu , untuk dengar taklimat terakhir before balik. Ha balik dah ? huuu semua pun mcm taknak balik. Dorg bagi seribu satu mcm layanan baik , layanan dorg pun mcm surprise je , mcm tertunggu tunggu lepas nie ada apa lagi. Tiba tiba dah nak sampai penghujung.


Dalam hall , mcm biasa lah sesi akhir , dia bebel jap , bebel dia pun tkpa , best , suka dengar , then sesi bagi hadiah semua apa semua , yang kelakar nya 3 kali dia kata okay dah boleh balik tapi tkda sorg pun bangun mcm nak balik, semua pun mcm tak ready nak balik. And last boss dia ajak bergambar kat lobby semua , then turun lah ,  ambil gambar , bersalam , minta signature suma , sembang suma dgn staff suma , then sorg sorg nak snap pic dgn Dato’ (boss). Termasuk lah shra juga yg takmahu ketinggalan. Tengok semua ambil gambar pose formal je , ada yng buat thumb up , tetibe shra dapat idea , nak test dia sporting betul tak , suruh Dato’ buat peace. Huhu. Dia layan kan aje dengan buat muka comel begitu hoho. Ini gambarnya , aku dah mcm Dora Explorer buat muka excited haha :D
with Dato' Michael Tio

And last kitaorang pun jalan ke bus utk pulang , dorg hantar sampai dekat bus kot, dan sempat lagi ajak bergambar kat kontena , dorg yg ajak , bkn kitaorg. Friendly nyaaa lahaii. Naik bus dorg melambai bye bye sampai hilang dari pandangan mata. Bukan takat staff biasa je yg ada , org kuat pun turun sekali melambai dengan baju office smart smart gitu gi dok melambai dibawah terik panas mataharinya, kitaorang takpa, dalam bus ada air-cond yg tak berapa nak sejuk nie. Bagus betul dorg. Mcm family.

Balik on facebook , tgk page PKT tu masuk gambar kitaorg datang kat tempat dorg. Cepatnyaa. Kitaorg pun tak upload gambar lagi. Haha. Tetibe aku tertarik satu gambar nie, bus kitaorg dah gerak nak pulang , kitaorg melambai lambai dari dalam bus. Yang tak boleh tahan nya gambar muka aku ada terselit, gaya mcm budak sekolah rendah g lawatan ke Petrosains hahahaha , 

Hasil gambar curian di page PKT hehe :D

muka excited melambai agaknyaa, dorg sporting , kita pun  kena sporting kan ? :D Rasa betul dihargai datang sini. Sambutan dorang memang baik. Sesapa nak buat visit kat sini , boleh sangat , pasti tak lupa pengalaman kat sini. Seronok seronok jugak , apa yang belajar kat warehouse tu jangan lupa ! Balik kena buat report ! :D

Sekian itu sahaja ceritera utk entry kali ini. 
Sekali kita buat baik pada orang , sepuluh kali orang ingat kita. Jangan berkira buat baik pada orang :D




Coret –Coret , 
Sierra Sunny :D