Warna Warni Dunia
Kriuk kriuuk hehe nyum nyummm saya tengah mengunyah kerepek nie hehe apa laa itu pun nak bagi tau , hehe. Sebenarnya masih kekenyangan penangan berbuka puasa tadi. Berpuasa sempena Nisfu Syabaan :) Alang alang online rasa nak buat satu entry lah pulak tentang mainan warna pada pakaian. Jadi boleh lah saya berkongsi sedikit apa yang saya tahu, apa yang saya buat, yeahhh begitulah :D
Sebenarnya permainan pilihan warna tidak menjadi masalah, cuma antara berani dan tidak je. Kalau dikata ada sesetengah warna tak sesuai dikenakan, mmg ya juga. Tapi kalau kita selalu pakai colourful, rasanya org akan nampak sesuai sentiasa sahaja. Hehe.Nie sebab asyik pakai sama warna. Warna yang menjadi pilihan remaja sekarang (macam saya hehe) asyik asyik hitam hitam hitam. Betul tak ? Kata orang senang nak match dgn apa apa pun. Yup, betul juga, tapi ikutlah kome nak guana, asal bahagia. Ngeh ngeh :p
Okay, meh nak share sikit tentang pemakaian nak ke kelas.Bagi sapa yang bekerja pun boleh saja. Nak ke kelas je pun , buat apa nak melawa ? Haishhh. Tak tak kita bukan nak melawa, kita nak nampak kemas dan ceria, bersemangat je bila ke class. Kadang bangun pepagi tu macam ada sedikit kemalasan yang mengganggu gugat jiwa bila nak ke kelas kan, jadi, hye girl apa lagi, jadi kan waktu bersiap anda sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Kita saban hari diluar, buat itu ini, kadang apa kita pakai pun menjadi semangat kita pada hari itu. Tengok kesesuaian, tak perlu lah over asal kan selesa. Biar simple tapi nampak menarik, ceria dan kemas. Sesekali tu jom lah main main warna sikit. Meh meh :D
SimplySiti - Simply Sierra (nak gak simply-simply :p)
![]() |
| Monday - Set Pink okay :) |
![]() |
| Tuesday - Set Yellow pulak hehe :) |
![]() |
| Wednesday - Kita pakai purple pulak lah. Tapi takda bag purple. sob sob :'( |
![]() |
| Thursday - Biru biru biru. Suka biru ini :) |
![]() |
| Friday - Turquoise Colour hehe :P Lepas class terus pergi Giant beli barang :) |
![]() |
| Saturday - Merah Merah :D Hehe tipu tipu, sabtu mana ada class hihi :D |
Jadi inilah apa yang saya pakai ke class. Simple pun boleh colour colour what :) Tapi kadang-kadang tu ada presentation ke apa , ber'Hana Tajima, ber'Yuna, ber'NajwaLatif lah jugak aku. Hehe. Itulah sedikit sebanyak dunia warna warni saya :) Itu sebahagian cara saya untuk menceriakan jiwa saya , haha macam sakit jiwa dah dengar. Hehe.
Sebenarnya,yang betul betul suka sebati dengan hati jiwa penglipur lara nie, shra suka pakai pakaian warna warna seperti Gold / Kuning Mustard, Silver/Grey , Merah, dan Fuschia. Apada aku nie, kejap aku, kejap saya, kejap shra :) hehe. tapi...tu lah memang semua nama memanggilkan diri tu semua aku guna. Kalau dengan kawan zaman sekolah, "Aku", dengan kawan di alam maya "saya" kadang kadang " I " (ikut org tu bahasakan diri dia apa), kawan kawan dekat Kuantan "Shiera".
Sebenarnya,yang betul betul suka sebati dengan hati jiwa penglipur lara nie, shra suka pakai pakaian warna warna seperti Gold / Kuning Mustard, Silver/Grey , Merah, dan Fuschia. Apada aku nie, kejap aku, kejap saya, kejap shra :) hehe. tapi...tu lah memang semua nama memanggilkan diri tu semua aku guna. Kalau dengan kawan zaman sekolah, "Aku", dengan kawan di alam maya "saya" kadang kadang " I " (ikut org tu bahasakan diri dia apa), kawan kawan dekat Kuantan "Shiera".
Okay lah, kesimpulannya, warna tak sekadar menjadi kegemaran atau pilihan, ia juga berhubung rapat dengan mood dan keperibadian anda.
"Warna kan hari mu dengan warna warna ceria "
Daaaa!!Good night !






