Friday, 22 June 2012

Wanita perlu tabah dan kuat ! :D


Hari ini duduk rumah sahaja sibuk mem'packing' barang-barang nak bawak balik esok. Wehuu!! Balik Shah Alam :D tapi sebelum berangkat esok , pagi kena pergi poli dulu jumpa lecturer. Adeh ~_~ Penat-penat packing barang tadi, berehat rehat lah di anjung rumah , haha mcm lah rumah sewa aku nie ada anjung beranda semua tu haha. Berehat rehat kat ruang tamu lah, tengok tv. Tengok cerita apa tah, best lah jugak, sampai habis tengok, tapi cerita apatah lupa dah. Hehe.Pastu tiba tiba ternampak satu majalah apetah, housemate punya. Bacalah majalah tahun bila punya tah, haha, berapa banyak "tah" dah aku taip ~_~ straight to the point la Sierra. Uhuk uhuk (batuk ala ala iklan Ubat Batuk Cap Kelapa Laut)

Aku tertarik dengan satu artikel dalam majalah yang aku baca tu, tajuk nya "Kisah Pasangan Suami Isteri TUA" Macam menarik. Sememangnya menarik dan ada mesej yang disampaikan, sesuai untuk wanita diluar sana yang dah berkahwin, on the way nak kahwin, yang sedang bercinta pun okay jugak :) Hehehehehe ^_^ dah kenapa sierra nie, sengih sengih mcm kerang busuk? Erk. Kerang busuk suka sengih eh ? Hee tah lah, pernah dengar orang cakap gitu. Hehe.

Ceritanya seorang makcik nie, berkongsi kisah hidupnya tentang perjalanan rumahtangga nya yang kini dilihat sangat bahagia, comel, jalan berpegangan tangan mcm org muda-muda, keluar dating. Cewahh :D Tapi rupa-rupanya, makcik itu pernah diduga dengan ujian yang amat berat untuknya, yang pasti berat untuk semua kaum wanita juga. Apakah ? -Suami berkahwin lain- Mana ada wanita yang mahu dimadukan , biar pun ada yang pasrah tapi mungkin akan selalu makan hati. Makcik tu bila dapat tahu, remuk hatinya bak diguris, dihiris, digaris, digilis, ditoreh, di'ikan bilis. Haa. Pada mulanya makcik itu mahu minta cerai je, biasanya begitulah kan. Siapa sanggup.

Akan tetapi, selepas itu makcik tu berfikir, suami makcik tu lelaki yang baik, bertanggungjawab, tak pernah abaikan anak-anak dan makcik tu, bila dia mendapat rezeki lebih, makcik dan anak-anak turut merasa, sungguh tidak pernah diabai. Jadi makcik tu berbincang baik dengan suaminya itu bahawa dia bersetuju bermadu tetapi isteri kedua harus tinggal di daerah yang berbeza supaya tidak akan berjumpa langsung. Jika tidak, makcik itu tak dapat untuk membohongi perasaannya, perasaan hancur dan rasa cemburu. Maka baik untuk tidak bertemu ditakuti nafsu emosi menguasai diri.

Ditakdirkan Allah, makcik tu membuka perniagaan sendiri, dan perniagaan itu berjaya. Mungkin semangat nya datang daripada geram dengan perbuatan suami maka makcik tu menyibukkan diri dengan berniaga. Namun apabila suami nya pulang, dia tetap melayan suami dengan baik.

Bila hidup makcik tu sudah senang, makcik tu berhasrat untuk menunaikan haji. Makcik tu mengajak suaminya, dengan niat untuk meninggalkan segala perasaan tak elok hasad dengki busuk hati. Lalu makcik tu turut mengajak madunya untuk menunai bersama dan menanggung segala perbelanjaannya.

Apabila sampai di Makkah, makcik tu gembira keranadapat menunaikan haji dengan penuh nikmat. Tidak ada pun berlaku pergeseran antara makcik tu, suami dia, dan madunya. Namun takdir Allah tiada yang menduga, Suami makcik tu rupanya telah menceraikan isteri keduanya talak tiga disana tanpa pengetahuan makcik tu. Kata suami makcik tu, dia asyik bergaduh sebab isteri keduanya asyik cakap suami dia tak adil, lebih kan isteri pertama je. Bila dah balik Malaysia baru suami makcik tu bagitahu.

Aduhai, makcik nie memang layak menikmati bahagia atas ketabahan dia. Tak ramai wanita yang setabah itu,  biasa yang didengar, tahu je dimadukan minta cerai kan. Dekat sini nampak lah, orang yang sabar dengan ujian-Nya akan mendapat hasil kelak. Bukan dalam cerita ini sahaja , malah dalam kehidupan kita yang biasa. Maksudnya, dengan orang lain pun dengan kawan-kawan ke sesiapa sahaja. Allah tu Adil. Kalau bukan disini, disana nanti dibalasnya.

Orang yang bersabar nie, sentiasa diuji. Kadang benda tu kita rasa berat sangat, tak mampu, tak kuat nak hadapi, sebenarnya kita aje yang sudah mengalah. Kita takkan diuji dengan ujian diluar kemampuan kita. Kalau benda itu diduga kepada kita , perkara tu baru, kita tak pernah lalui, sebenarnya kita mampu. Percaya lah. Dan, orang yang biasanya dulu-dulu suka ikut perasaan, ikut kata hati, sensitif terlebih, cepat marah, ikut kepala ke apa ke baran ke apa apa lah yang negatif, tiba-tiba dia putuskan untuk belajar bersabar, sesungguhnya itu tersangatlah sukar. Bersabar dengan sikap orang, apa orang buat dekat kita, tapi kita masih mampu lagi tersenyum, memaafkan, menerima, bagi sierra itu kemenangan buat nya. Menang sebab dia mampu lalui benda tu dengan tenang, tak mudah melatah, cool je, relax je, tak meninggi suara ke apa. Selepas itu pasti rasa puas, tenang je. Orang orang juga takkan ada yang terguris pun. Cuba kalau ikut perasaan, dah lah tengah marah, mesti cakap pun main cakap je, kadang kita tak perasan org terasa dengan kata kata kita. Dah jadi satu hal nak minta maaf kat orang tu. Tu kalau kita tahu, kalau yang tak tahu? Orang tu dok berdendam dengan kita. Lagi masalah kan.

Hakikatnya kadang-kadang orang bersabar nie kita taktahu dalam hatinya, demi nak menjaga keadaan dia bersabar sedangkan hati nya didalam menangis. Tak siapa pun tahu. Walaupun ada sesetengah mungkin berpendapat, "kau tak cakap apa kau rasa , kau yang telan sorang2, padan muka kau lah, sapa suruh tak gtau, diam je" mungkin ada berpendapat begini, tapi lebih baik dia begitu sekurang-kurangnya dia rasa ada Allah bersama. Biar dia berdiam tak balas apa apa, pasti org tu akan dapat blasan dengan cara lain mungkin balasan daripada-Nya.

Sekian untuk coret-coret kali nie :) jom sambung mengemas ! :D

Tuesday, 19 June 2012

Benar Sungguh Madah Ini . . .



Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Saturday, 16 June 2012

Kembali Berblogging jap :P

Hyep hyep . . dah lama aku tinggal blog aku yang usang lagi daif nie, tolong lah renovate sikit utk aku. Saja lah nak meluang masa acah acah student course DSK jap nak memantapkan lagi keyboarding skills. Nak buat shorthand tulisan cacing tu tak reti, reti buat cakar ayam je. Jadi ayam nie tahu mematuk je, patuk patuk huruf kat keyboard nie. Haha. Fuh! short sem yang dah nak habis. Lagi seminggu je. Huhu. Best best. Tak sabar rasanya nak present product group aku Jumaat depan. Yeah! Bahulu Bakery. Kenapa bahulu? Hehe. Kami group semua girl-girl, kasi keluar resepi girl-girl lah :D Setakat nie lecturer memuji perkembangan kerja nak buka company nie, harap time present nanti dapat buat yang terbaik lah kan. Tapi mengapa bahulu kan ? Takda product lain yang best sikit ke ? Haa.. jawab jawab.

Bahulu ? Semua pun tahu kan, sapa taktahu meh aku nak tonyoh bahulu kat muka dia bagi berbulu-bulu muka. Haha. Yang dirancang nak buat bahulu berperisa. Mungkin ada yang dah tahu, tapi mcm tak famous sangat kan, so syarikat kami yang akan dibuka 7 tahun akan datang nie, nak mem'famaos'kan lah bahulu berperisa, perasa, terasa, merasa nie. Supaya perasa nya lebih terasa dari merasa. Hehe. Kitaorang plan, nak buka kedai dekat area Bandar Sunway Mentari kononya. Jadi pilihan flavour kami nak yang modern sikit. Pilihan utama , kira main product nya , Bahulu Coppuccino, Mocha, Tiramisu, Chocolate, Coffee, Mint dan yang lain lain nya perasa buah-buhan lah. Sepanjang pembikinan benda alah nie, asyik terlapar bahulu je. Hehe. Apadaa. Ohh nak tunjuk logo product hasil buatan rekaan idea inspirasi hasil keringat kitaorg yang comel mcm kitaorg. Hoho. Mesti rasa mcm taknak makan bahulu kitaorg sbb membayangkan muka kitaorg yg sgt comel nie kan, hoho. Okay, tadaaa !!
Hoho. Comel kan ? Baik angguk kepala sebelum aku yang anggukkan :D Ini adalah pembelajaran dalam subject Entrepreneur yang aku amek dalam short sem ni berkaitan dengan business plan Subject utk sem 5 nanti. Jadi sepanjang short sem nie, satu subject je yang aku amek, sbb subject tu je yang dibuka pun, subject lain ditutupkan. Haha. Boleh lah focus sikit kan sbb satu subject je. Ada kelebihan juga buat short sem nie, takda lah aku duk rumah membesarkan badan, dah sah bangun, tido, makan je kerja. Hehe. Pastu tak lama lagi terus masuk praktikal, no more rehat rehat, Terima kasih lah to Petronas sbb sudi amek aku utk training kat sana, saya sudah bersedia berkhidmat utk negara!! haiyarkk !! hehe :P 

Cukup lah coret-coret kali nie , ada idea mencurah nanti, aku taip panjang berjela mcm roti jala okay, comfirm korang akan rasa lapar, sampai rasa nak makan aku. Haha. Selamat malam !