Saturday, 16 June 2012

Kembali Berblogging jap :P

Hyep hyep . . dah lama aku tinggal blog aku yang usang lagi daif nie, tolong lah renovate sikit utk aku. Saja lah nak meluang masa acah acah student course DSK jap nak memantapkan lagi keyboarding skills. Nak buat shorthand tulisan cacing tu tak reti, reti buat cakar ayam je. Jadi ayam nie tahu mematuk je, patuk patuk huruf kat keyboard nie. Haha. Fuh! short sem yang dah nak habis. Lagi seminggu je. Huhu. Best best. Tak sabar rasanya nak present product group aku Jumaat depan. Yeah! Bahulu Bakery. Kenapa bahulu? Hehe. Kami group semua girl-girl, kasi keluar resepi girl-girl lah :D Setakat nie lecturer memuji perkembangan kerja nak buka company nie, harap time present nanti dapat buat yang terbaik lah kan. Tapi mengapa bahulu kan ? Takda product lain yang best sikit ke ? Haa.. jawab jawab.

Bahulu ? Semua pun tahu kan, sapa taktahu meh aku nak tonyoh bahulu kat muka dia bagi berbulu-bulu muka. Haha. Yang dirancang nak buat bahulu berperisa. Mungkin ada yang dah tahu, tapi mcm tak famous sangat kan, so syarikat kami yang akan dibuka 7 tahun akan datang nie, nak mem'famaos'kan lah bahulu berperisa, perasa, terasa, merasa nie. Supaya perasa nya lebih terasa dari merasa. Hehe. Kitaorang plan, nak buka kedai dekat area Bandar Sunway Mentari kononya. Jadi pilihan flavour kami nak yang modern sikit. Pilihan utama , kira main product nya , Bahulu Coppuccino, Mocha, Tiramisu, Chocolate, Coffee, Mint dan yang lain lain nya perasa buah-buhan lah. Sepanjang pembikinan benda alah nie, asyik terlapar bahulu je. Hehe. Apadaa. Ohh nak tunjuk logo product hasil buatan rekaan idea inspirasi hasil keringat kitaorg yang comel mcm kitaorg. Hoho. Mesti rasa mcm taknak makan bahulu kitaorg sbb membayangkan muka kitaorg yg sgt comel nie kan, hoho. Okay, tadaaa !!
Hoho. Comel kan ? Baik angguk kepala sebelum aku yang anggukkan :D Ini adalah pembelajaran dalam subject Entrepreneur yang aku amek dalam short sem ni berkaitan dengan business plan Subject utk sem 5 nanti. Jadi sepanjang short sem nie, satu subject je yang aku amek, sbb subject tu je yang dibuka pun, subject lain ditutupkan. Haha. Boleh lah focus sikit kan sbb satu subject je. Ada kelebihan juga buat short sem nie, takda lah aku duk rumah membesarkan badan, dah sah bangun, tido, makan je kerja. Hehe. Pastu tak lama lagi terus masuk praktikal, no more rehat rehat, Terima kasih lah to Petronas sbb sudi amek aku utk training kat sana, saya sudah bersedia berkhidmat utk negara!! haiyarkk !! hehe :P 

Cukup lah coret-coret kali nie , ada idea mencurah nanti, aku taip panjang berjela mcm roti jala okay, comfirm korang akan rasa lapar, sampai rasa nak makan aku. Haha. Selamat malam !

No comments:

Post a Comment