Aku tertarik dengan satu artikel dalam majalah yang aku baca tu, tajuk nya "Kisah Pasangan Suami Isteri TUA" Macam menarik. Sememangnya menarik dan ada mesej yang disampaikan, sesuai untuk wanita diluar sana yang dah berkahwin, on the way nak kahwin, yang sedang bercinta pun okay jugak :) Hehehehehe ^_^ dah kenapa sierra nie, sengih sengih mcm kerang busuk? Erk. Kerang busuk suka sengih eh ? Hee tah lah, pernah dengar orang cakap gitu. Hehe.
Ceritanya seorang makcik nie, berkongsi kisah hidupnya tentang perjalanan rumahtangga nya yang kini dilihat sangat bahagia, comel, jalan berpegangan tangan mcm org muda-muda, keluar dating. Cewahh :D Tapi rupa-rupanya, makcik itu pernah diduga dengan ujian yang amat berat untuknya, yang pasti berat untuk semua kaum wanita juga. Apakah ? -Suami berkahwin lain- Mana ada wanita yang mahu dimadukan , biar pun ada yang pasrah tapi mungkin akan selalu makan hati. Makcik tu bila dapat tahu, remuk hatinya bak diguris, dihiris, digaris, digilis, ditoreh, di'ikan bilis. Haa. Pada mulanya makcik itu mahu minta cerai je, biasanya begitulah kan. Siapa sanggup.
Akan tetapi, selepas itu makcik tu berfikir, suami makcik tu lelaki yang baik, bertanggungjawab, tak pernah abaikan anak-anak dan makcik tu, bila dia mendapat rezeki lebih, makcik dan anak-anak turut merasa, sungguh tidak pernah diabai. Jadi makcik tu berbincang baik dengan suaminya itu bahawa dia bersetuju bermadu tetapi isteri kedua harus tinggal di daerah yang berbeza supaya tidak akan berjumpa langsung. Jika tidak, makcik itu tak dapat untuk membohongi perasaannya, perasaan hancur dan rasa cemburu. Maka baik untuk tidak bertemu ditakuti nafsu emosi menguasai diri.
Ditakdirkan Allah, makcik tu membuka perniagaan sendiri, dan perniagaan itu berjaya. Mungkin semangat nya datang daripada geram dengan perbuatan suami maka makcik tu menyibukkan diri dengan berniaga. Namun apabila suami nya pulang, dia tetap melayan suami dengan baik.
Bila hidup makcik tu sudah senang, makcik tu berhasrat untuk menunaikan haji. Makcik tu mengajak suaminya, dengan niat untuk meninggalkan segala perasaan tak elok hasad dengki busuk hati. Lalu makcik tu turut mengajak madunya untuk menunai bersama dan menanggung segala perbelanjaannya.
Apabila sampai di Makkah, makcik tu gembira keranadapat menunaikan haji dengan penuh nikmat. Tidak ada pun berlaku pergeseran antara makcik tu, suami dia, dan madunya. Namun takdir Allah tiada yang menduga, Suami makcik tu rupanya telah menceraikan isteri keduanya talak tiga disana tanpa pengetahuan makcik tu. Kata suami makcik tu, dia asyik bergaduh sebab isteri keduanya asyik cakap suami dia tak adil, lebih kan isteri pertama je. Bila dah balik Malaysia baru suami makcik tu bagitahu.
Aduhai, makcik nie memang layak menikmati bahagia atas ketabahan dia. Tak ramai wanita yang setabah itu, biasa yang didengar, tahu je dimadukan minta cerai kan. Dekat sini nampak lah, orang yang sabar dengan ujian-Nya akan mendapat hasil kelak. Bukan dalam cerita ini sahaja , malah dalam kehidupan kita yang biasa. Maksudnya, dengan orang lain pun dengan kawan-kawan ke sesiapa sahaja. Allah tu Adil. Kalau bukan disini, disana nanti dibalasnya.
Orang yang bersabar nie, sentiasa diuji. Kadang benda tu kita rasa berat sangat, tak mampu, tak kuat nak hadapi, sebenarnya kita aje yang sudah mengalah. Kita takkan diuji dengan ujian diluar kemampuan kita. Kalau benda itu diduga kepada kita , perkara tu baru, kita tak pernah lalui, sebenarnya kita mampu. Percaya lah. Dan, orang yang biasanya dulu-dulu suka ikut perasaan, ikut kata hati, sensitif terlebih, cepat marah, ikut kepala ke apa ke baran ke apa apa lah yang negatif, tiba-tiba dia putuskan untuk belajar bersabar, sesungguhnya itu tersangatlah sukar. Bersabar dengan sikap orang, apa orang buat dekat kita, tapi kita masih mampu lagi tersenyum, memaafkan, menerima, bagi sierra itu kemenangan buat nya. Menang sebab dia mampu lalui benda tu dengan tenang, tak mudah melatah, cool je, relax je, tak meninggi suara ke apa. Selepas itu pasti rasa puas, tenang je. Orang orang juga takkan ada yang terguris pun. Cuba kalau ikut perasaan, dah lah tengah marah, mesti cakap pun main cakap je, kadang kita tak perasan org terasa dengan kata kata kita. Dah jadi satu hal nak minta maaf kat orang tu. Tu kalau kita tahu, kalau yang tak tahu? Orang tu dok berdendam dengan kita. Lagi masalah kan.
Hakikatnya kadang-kadang orang bersabar nie kita taktahu dalam hatinya, demi nak menjaga keadaan dia bersabar sedangkan hati nya didalam menangis. Tak siapa pun tahu. Walaupun ada sesetengah mungkin berpendapat, "kau tak cakap apa kau rasa , kau yang telan sorang2, padan muka kau lah, sapa suruh tak gtau, diam je" mungkin ada berpendapat begini, tapi lebih baik dia begitu sekurang-kurangnya dia rasa ada Allah bersama. Biar dia berdiam tak balas apa apa, pasti org tu akan dapat blasan dengan cara lain mungkin balasan daripada-Nya.
Sekian untuk coret-coret kali nie :) jom sambung mengemas ! :D

No comments:
Post a Comment